21 Sept 2012

7 Tahun Hilang Nikmat Tidur


KUALA TERENGGANU: “Sudah tujuh tahun saya hilang nikmat tidur telentang,” kata Adnan Teh, 71, yang mempunyai ketumbuhan di belakang badan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ladang Sahat, di sini, kelmarin.
Menurutnya, ketumbuhan itu mula dikesan pada 2005 dan semakin membesar menyebabkannya hanya boleh tidur mengiring setiap hari.
Katanya, ketumbuhan itu menyukarkannya memakai baju berikutan benjol yang bersaiz agak besar.
Walaupun ketumbuhan itu besar, namun tidak menyakitkan menyebabkan saya tidak mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Katanya, buat masa ini dia belum merancang melakukan pembedahan membuang ketumbuhan itu walaupun ia semakin membesar.
“Namun, jika ada pihak sudi membantu dari segi kos rawatan, saya tiada masalah,” katanya.
Adnan yang tidak bekerja berkata, kebanyakan masanya dihabiskan di rumah kecuali waktu pagi apabila ke pasar membeli lauk-pauk.
“Saya tinggal bersendirian berikutan tidak pernah berumah tangga dan hanya bergantung harap kepada saudara terdekat selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan,” katanya.
Penderitaan warga emas itu mendapat perhatian Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu yang menghulurkan zakat RM1,000 disampaikan wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Ladang Sahat di rumahnya, kelmarin.
“Saya bersyukur kerana menerima bantuan zakat ini yang dapat meringankan beban menguruskan perbelanjaan harian,” katanya.
Pengerusi JKK Kampung Ladang Sahat, Adnan Salleh berkata, pihaknya akan memohon dana daripada Tabung Penyakit Kronik negeri bagi membantu warga emas terbabit membuang ketumbuhan berkenaan.


9 Jul 2012

Anwar Ulangi Pendirian Bersara Jika Kalah PRU13

               Anwar ulangi pendirian bersara jika kalah PRU 13
RAWANG, 7 Julai —  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kekal dengan pendiriannya untuk bersara sekiranya tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang walaupun dipujuk oleh anaknya Nurul Izzah semalam.
Anwar yakin Pakatan Rakyat (PR) akan menang PRU 13 walaupun mungkin terdapat penipuan.
"Insya-Allah, saya yakin akan menang", katanya bila ditanya mengenai peluang memenangi PRU.
Dengan tegas ketua pembangkang mengulangi kenyataan jika PR kalah, dia akan bersara dari politik dan kembali mengajar.
"PRU mungkin akan berlangsung pada September, kita menang, kita tidak akan lupakan rakyat kerana kita juga pernah susah.
"Kalau kita menang, hari angkat sumpah kita akan turunkan harga minyak", kata ahli parlimen Permatang Pauh (gambar) itu.
Bekas timbalan perdana menteri itu mengatakan bahawa anak Tun Dr Mahathir menggunakan pengaruh bapanya untuk membeli Esso Malaysia yang bernilai RM1.9 bilion.
Pembelian itu juga mendorong Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menandatangani perjanjian dengan Esso Malaysia - kini dikenali sebagai Petron bagi membeli petrol untuk kapal terbang.
"Mirzan Mahathir telah beli syarikat bir San Miguel, Esso dan kini MAS tandatangan kontrak untuk petrol kapal terbang, sebab itu Mahathir takut kalau Pakatan menang", kata Anwar Ibrahim di hadapan penyokongnya dalam majlis makan malam anjuran PKR cabang Selayang malam tadi.
Baru-baru ini MAS memeterai perjanjian dengan Petron untuk membeli petrol sekaligus mengenepikan Petronas yang selama ini membekal petrol kepada syarikat penerbangan itu.
Terbaru, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa MAS kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api ketika dibekalkan oleh Petronas.
Azan berkata, Petron dianugerahkan kontrak pembekal bahan api adalah perkara yang sangat meragukan kerana Mahathir merupakan penasihat kepada Petronas.
"Petron diberi kontrak kerana ia dimiliki oleh anaknya, kerana San Miguel milik Mirzan telah untung menyebabkan dia boleh membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sendirian Berhad", kata Azan yang dipetik dari sebuah blog.
Turut hadir dalam ceramah itu adalah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw.
Fuziah pula berkata rakyat haruslah menyedari penipuan dalam pilihanraya dan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Tan Seng Giaw berkata hutang negara sudah mencecah RM500 bilion dan skandal PKFZ oleh MCA memufliskan negara.

Raihanna Mengalami Kerugian Besar

 
                    Rihanna mengalami kerugian besar

8 JUL - Kerugian jutaan ringgit yang terpaksa ditanggung sejak tahun 2005 telah menyebabkan penyanyi Pop Raihanna bertekad untuk menyaman akauntan yang pernah pernah menguruskan kewangan beliau dahulu.

Menurut tuntutan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Manhattan,Raihanna,atau nama sebenarnya Robin Fenty menyatakan bahawa wang beliau yang dimiliki dari "Last Girl On Earth Tour" pada tahun 2009 telah disalah urus oleh para akauntan sehingga menyebabkan beliau mengalami kerugian wang yang sangat banyak.

Penyanyi "what's my name?" ini turut menuduh firma perakaunan "Berdon LLP", selaku defendan dalam tidak mengendalikan pulangan cukai dan royalti lagu dengan betul,menyebabkan akaun beliau terpaksa diaudit oleh IRS.

Walaupun telah mengaut jumlah wang yang sangat banyak hasil daripada kerjaya dalam bidang muzik,namun Raihanna hanya mengaut keuntungan sebanyak 6 peratus daripada jumlah keseluruhan untung yang didapati dalam tahun 2007 hingga 2010 manakala pihak yang menguruskan kewangan beliau mengambil untung komisyen sebanyak 22 peratus,lantas meningkatkan kesangsian beliau terhadap pihak berkenaan.

Selain daripada pelanggaran kontrak dan kecuaian,tuntutan mahkamah yang difailkan Raihanna juga mengandungi tuduhan pecah amanah dan keuntungan tidak adil.