9 Jul 2012

Raihanna Mengalami Kerugian Besar

 
                    Rihanna mengalami kerugian besar

8 JUL - Kerugian jutaan ringgit yang terpaksa ditanggung sejak tahun 2005 telah menyebabkan penyanyi Pop Raihanna bertekad untuk menyaman akauntan yang pernah pernah menguruskan kewangan beliau dahulu.

Menurut tuntutan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Manhattan,Raihanna,atau nama sebenarnya Robin Fenty menyatakan bahawa wang beliau yang dimiliki dari "Last Girl On Earth Tour" pada tahun 2009 telah disalah urus oleh para akauntan sehingga menyebabkan beliau mengalami kerugian wang yang sangat banyak.

Penyanyi "what's my name?" ini turut menuduh firma perakaunan "Berdon LLP", selaku defendan dalam tidak mengendalikan pulangan cukai dan royalti lagu dengan betul,menyebabkan akaun beliau terpaksa diaudit oleh IRS.

Walaupun telah mengaut jumlah wang yang sangat banyak hasil daripada kerjaya dalam bidang muzik,namun Raihanna hanya mengaut keuntungan sebanyak 6 peratus daripada jumlah keseluruhan untung yang didapati dalam tahun 2007 hingga 2010 manakala pihak yang menguruskan kewangan beliau mengambil untung komisyen sebanyak 22 peratus,lantas meningkatkan kesangsian beliau terhadap pihak berkenaan.

Selain daripada pelanggaran kontrak dan kecuaian,tuntutan mahkamah yang difailkan Raihanna juga mengandungi tuduhan pecah amanah dan keuntungan tidak adil.

Gurauan AC Mizal bertemu Brad Pitt Disangka Benar

                    Gurauan AC Mizal bertemu Brad Pitt disangka benar

7 Jul – Gara-gara gurauan yang dibuat menerusi laman Twitter miliknya berbunyi, "Meeting with Brad Pitt", nama Datuk AC Mizal mendapat perhatian ramai di medan sosial itu sehinggakan ia menjadi tajuk berita beberapa laman gosip hiburan tempatan.
Dipetik daripada laman mStar, pengacara dan usahawan itu tidak menyangka gurauannya dengan peminat kononnya bertemu aktor "Moneyball" untuk berbincang tentang projek filem pada Selasa lalu telah mengundang spekulasi ramai sehinggakan ia disangka benar oleh segelintir pihak.
"Saya memang terkejut apabila ianya dianggap benar. Saya tidak tahu hendak tergelak atau apa? Saya tidak sangka gurauan dengan peminat di akaun Twitter dianggap serius.
"Hakikatnya, kenyataan yang kononnya saya akan berlakon bersama Brad Pitt itu hanyalah satu gurauan kosong dan bukan untuk mencari publisiti mahupun kontroversi," ujar AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini.
Ditanya jika tindakan itu dianggap mempersendakan orang ramai, AC Mizal, 40, memberitahu perkara tersebut tidak seharunya menjadi isu besar kerana pengikutnya di Twitter faham akan gaya dan pendekatan gurauan yang sering dilakukannya.
"Tiada niat untuk mempermainkan sesiapa dengan maklumat tersebut. Para peminat yang biasa berinteraksi dengan saya di Twitter memahami dan tahu bahawa ia adalah satu gurauan semata-mata."
AC Mizal turut menyifatkan jenakanya itu adalah sebahagian daripada gimik untuk program kelolaan terbarunya, "Betul Ke Bohong" yang sedang disiarkan pada setiap Isnin di Astro Warna.

5 May 2012

Makan Malam Di Awan..

Assalamualaikum..hello readers and bloggers.

" Dinner in the sky " adalah restoran pelik di Belgium yang menggunakan kren pengangkat makanan,meja dan 'waitstaff' 150 kaki ke udara.Ini adalah satu acara unik yang bermakna bagi sesiapa yang ingin mengubah suasana hidangan biasa atau mesyuarat ke suasana yang akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada tetamu mereka.