7 Jul – Gara-gara gurauan yang dibuat menerusi laman Twitter miliknya berbunyi, "Meeting with Brad Pitt", nama Datuk AC Mizal mendapat perhatian ramai di medan sosial itu sehinggakan ia menjadi tajuk berita beberapa laman gosip hiburan tempatan.
Dipetik daripada laman mStar, pengacara dan usahawan itu tidak menyangka gurauannya dengan peminat kononnya bertemu aktor "Moneyball" untuk berbincang tentang projek filem pada Selasa lalu telah mengundang spekulasi ramai sehinggakan ia disangka benar oleh segelintir pihak.
"Saya memang terkejut apabila ianya dianggap benar. Saya tidak tahu hendak tergelak atau apa? Saya tidak sangka gurauan dengan peminat di akaun Twitter dianggap serius.
"Hakikatnya, kenyataan yang kononnya saya akan berlakon bersama Brad Pitt itu hanyalah satu gurauan kosong dan bukan untuk mencari publisiti mahupun kontroversi," ujar AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini.
Ditanya jika tindakan itu dianggap mempersendakan orang ramai, AC Mizal, 40, memberitahu perkara tersebut tidak seharunya menjadi isu besar kerana pengikutnya di Twitter faham akan gaya dan pendekatan gurauan yang sering dilakukannya.
"Tiada niat untuk mempermainkan sesiapa dengan maklumat tersebut. Para peminat yang biasa berinteraksi dengan saya di Twitter memahami dan tahu bahawa ia adalah satu gurauan semata-mata."
AC Mizal turut menyifatkan jenakanya itu adalah sebahagian daripada gimik untuk program kelolaan terbarunya, "Betul Ke Bohong" yang sedang disiarkan pada setiap Isnin di Astro Warna.
No comments:
Post a Comment